Sunday, March 22, 2015

FADHILAT ILMU

Dengan nama Allah Tuhan Yang Amat Murah lagi Mengasihani akan segala hambaNya.
Segala puji bagi Allah tuhan yang menyaksi dengan keadaanNya oleh sekalian kaenat,Maha Suci Ia daripada kekurangan dan Yang Maha Tinggi Yang Mempunyai Kerajaan lagi Yang Amat Mengetahui, Tuhan Yang Qadim lagi Kekal, Yang Berdiri Dengan ZatNya, Kuasa Ia atas mengadakan dan meng'adamkan.

Riwayat dari Dailami daripada Ibnu 'Umar hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, dikatakan bagi orang yang 'alim: syafaatkan oleh kamu daripada anak muridmu dan jjkalau sampai sebilang-bilang bintang di langit sekali pun.

Dan riwayat daripada Malik bin Dinar : Barangsiapa menolong akan orang yang menuntut ilmu, diberi akan dia Allah suratnya dengan tangan kanannya dan barangsiapa kasih  akan orang yang menuntut ilmu sesungguhnya kasih ia akan anbia dan barangsiapa kasih akan anbia adalah ia sertanya dan barangsiapa benci akan orang yang menuntut ilmu maka sanya benci ia akan anbia maka balasannya Jahannam.

Di petik dari Math la'al Badrin.

Sunday, February 22, 2015

KELEBIHAN SURAH AL-FALAQ DAN AN-NAAS

Diantara kelebihan surah surah ini:

1. Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was was dan segala kejahatan.

2.Dibaca sabelum tidur 3 kali (tiga Qul: al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas) dan ditiupkan ketangan dan disapukan keseluruh     badan kecuali kaki dan kemaluan, nescaya akan terhindar dari segala perkara yang buruk.

3. Diturunkan surah ini kerana Rasulullah mohon kepada Allah 'Azza wajalla ayat pelindung maka dikurniakan oleh Allah surah ini.

4. Dibaca 3 kali pada air garam dan disapu pada badan yang terkena sangatan binatang bisa.

5. Dibaca 41 kali selama 3 hari atau 5 atau 7 hari (berturut turut) nescaya akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita dibaca dan diulang membaca surah surah ini nescaya akan ditunjukkan jalan oleh Allah.

Wallahu a'lam.....